Barisan Warga SKKL

Barisan Warga SKKL
Barisan Warga SKKL

Sabtu, 13 Ogos 2016

MAJLIS SEUNTAI KASIH SEKALUNG BUDI
Majlis ini diadakan sempena meraikan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn Hjh Jamilah bt Hassan yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Seri kampong Laut. Pertukaran ini adalah kerana beliau dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disekolah tersebut.
SEMOGA PERPISAHAN INI MENJADI PERPISAHAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI









TEAM SOLAT JENAZAH MUSALLA AL-IMAN SKKL

Team solat jenazah Musalla Al-Iman SKKL adalah kumpulan murid yang akan bersama-sama dengan guru menyertai solat jenazah apabila berlaku kematian ahli keluarga SKKL dan masyarakat sekitar. Pasukan ini terdiri daripada murid tahun 6 yang terpilih, memiliki keperibadian unggul dan memiliki jati diri yang mulia. Pasukan ini dibimbing dan diselia oleh Ustaz Haizul Arny bin Che Will. Sebelum melayakkan pasukan ini bersama-sama dengan masyarakat menunaikan solat jenazah, murid didedahkan dengan cara-cara menunaikan solat jenazah dan pengurusannya. Kursus bimbingan dan latihan ini juga dibimbing oleh Ustaz Haizul Arny bin Che Will.

PEMANTAUAN SURAU AL-IMAN
SELAMAT DATANG KE MUSALLA AL-IMAN..AHLAN WASAHLAN
Pada 28/4/2016, Musalla Al-Iman menerima kunjungan dari al-Fadhil ustaz Abdul Hadi bin Mat Junoh, Penolong Pengarah Pengembangan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan. Kunjungan ini bertujuan untuk memantau perkembangan dan proses gerak kerja serta pengurusan Musalla al-Iman. Penyemakan terhadap fail-fail pengurusan juga turut dilakukan. Secara keseluruhannya, beliau amat berpuas hati diatas pengurusan dan juga kerjasama daripada pihak sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa musalla dan warga sekolah SKKL.