KURSUS TAHNIK SURAU AL-IMAN
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA JAWATANKUASA SURAU AL-IMAN!!!
Pada 13/10/2016, jawatankuasa Surau Al-Iman telah mengadakan kursus tahnik yang mana melibatkan murid tahun 6 2016. Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang cara-cara tahnik mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Kursus ini dibimbing oleh Ust. Haizul Arny b. Che Wil.
Alatan tahnik yang dibawa oleh murid
Semoga usaha yang dilakukan mendapat keberkatan disisiNya.
Barisan Warga SKKL

Barisan Warga SKKL
Sabtu, 15 Oktober 2016
Ahad, 2 Oktober 2016
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Alhamdulillah.syukur kepada Mu ya Rabb...
Program Kem Cemerlang Jawi dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada para murabbi yang berkorban masa dan tenaga bagi menjayakan program ini. Dicelah kesibukan dan hambatan masa, kalian sanggup mengorbankan masa bersama keluarga bagi menggilap mutiara berharga amanah Allah ini. Semoga gerak kerja, usaha murni yang dicurahkan mendapat ganjaran yang besar di sisiNya. Amin ya Rabb..
LENSA KCJ DI SURAU AL-IMAN

Sabtu, 13 Ogos 2016
MAJLIS SEUNTAI KASIH SEKALUNG BUDI
Majlis ini diadakan sempena meraikan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Pn Hjh Jamilah bt Hassan yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Seri kampong Laut. Pertukaran ini adalah kerana beliau dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disekolah tersebut.
SEMOGA PERPISAHAN INI MENJADI PERPISAHAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT.

TEAM SOLAT JENAZAH MUSALLA AL-IMAN SKKL
Team solat jenazah Musalla Al-Iman SKKL adalah kumpulan murid yang akan bersama-sama dengan guru menyertai solat jenazah apabila berlaku kematian ahli keluarga SKKL dan masyarakat sekitar. Pasukan ini terdiri daripada murid tahun 6 yang terpilih, memiliki keperibadian unggul dan memiliki jati diri yang mulia. Pasukan ini dibimbing dan diselia oleh Ustaz Haizul Arny bin Che Will. Sebelum melayakkan pasukan ini bersama-sama dengan masyarakat menunaikan solat jenazah, murid didedahkan dengan cara-cara menunaikan solat jenazah dan pengurusannya. Kursus bimbingan dan latihan ini juga dibimbing oleh Ustaz Haizul Arny bin Che Will.

PEMANTAUAN SURAU AL-IMAN
SELAMAT DATANG KE MUSALLA AL-IMAN..AHLAN WASAHLAN
Pada 28/4/2016, Musalla Al-Iman menerima kunjungan dari al-Fadhil ustaz Abdul Hadi bin Mat Junoh, Penolong Pengarah Pengembangan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam JPN Kelantan. Kunjungan ini bertujuan untuk memantau perkembangan dan proses gerak kerja serta pengurusan Musalla al-Iman. Penyemakan terhadap fail-fail pengurusan juga turut dilakukan. Secara keseluruhannya, beliau amat berpuas hati diatas pengurusan dan juga kerjasama daripada pihak sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua jawatankuasa musalla dan warga sekolah SKKL.

Rabu, 25 Mei 2016
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SKKL
v LAPORAN SAMBUTAN MAJLIS ISRAK MIKRAJ 2016
Program Sambutan Israk Mikraj peringkat
Sekolah Kebangsaan Kampong Laut telah diadakan pada 8 Mei 2016. Sambutan ini
bertujuan melahirkan warga sekolah yang berpengetahuan luas tentang sirah
Rasulullah serta mencerminkan betapa Islam amat menitik beratkan tentang perintah
solat yang difardukan ke atas umat Islam yang ada di atas muka bumi ini.
v
Program bermula seawal 7.30 pagi di mana
semua murid berkumpul di Dewan Saidina Ali mengikut kelas masing-masing. Majlis
dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu sekolah dan dikuti dengan bacaan ikrar
yang dipimpin oleh ketua murid iaitu Mohd Akram bin Zahid.
v
Majlis disempurnakan lagi dengan ucapan
ringkas dan perasmian oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Laut iaitu En. Roslan bin Mohamed.
v
Pada pukul 8.30 pagi, pihak majlis
menjemput dan mempersilakan ustaz Haizul Arny Bin Che Will untuk memberikan
ceramah berkaitan dengan Israk dan Mikraj. Ceramah yang diselang selikan dengan
alunan selawat daripada murid tahun 6 menambahkan lagi keceriaan majlis. Disamping
itu juga soalan kuiz turut diajukan. Murid-murid begitu teruja untuk menjawab
soalan yang diajukan oleh penceramah. Ceramah berakhir pada pukul 9.45 pagi.
Antara pengisian yang dapat diambil daripada ceramah tersebut ialah kita
sebagai umat Islam mestilah berusaha menunaikan perintah yang diperintahkan
keatas setiap mukallaf. Solat yang difardukan keatas umat manusia adalah wajib
ditunaikan dalam apa jua keadaan sekalipun sedang sakit. Antara yang turut
dikupas beliau ialah peristiwa-peristiwa yang ditunjukkan kepada nabi berkaitan
dengan balasan sikap manusia diatas muka
bumi ini.
v
Seusai ceramah berakhir, penyampaian
hadiah kepada murid cemerlang dalam program “Syajarah Solat” diadakan.
Penilaian ini berdasarkan pokok solat yang paling subur iaitu murid yang tidak
meninggalkan solat lima waktu dalam tempoh sebulan. Seramai 17 orang murid dari
kalangan murid tahun lima dan enam diberi hadiah.
v
Selesai majlis penyampaian hadiah, ustaz
Haizul Arny mengetuai bacaan doa akhir majlis. Selepas itu, murid tahap satu dibenarkan rehat
dan membeli makanan di kantin sekolah, manakala murid tahap dua dikehendaki menunaikan
solat Dhuha di Musalla Al-Iman. Solat Dhuha diimamkan oleh ustaz Haizul Arny
bin Che Will.
Majlis ini selesai pada pukul 10.15 pagi. Walaupun
majlis ini agak ringkas tetapi ianya member impak yang cukup besar kepada warga
Sekolah Kebangsaan Kampong LautKEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 FASA 1
Alhamdulillah..alhamdulillah syukur pada Mu ya Rabb..
KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 FASA 1 berjaya dilaksanakan pada 6 mei 2016. Program bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Apa yang menariknya, kem Bestari Solat kali ini memberikan kelainan dari sudut pelaksanaanya. Ianya dilaksanakan dalam bentuk stesen 1-9, dimana setiap stesen diberi tugas untuk memberikan penerangan mengikut silibus yang ditetapkan.
anggota sujud..
Anggota yang perlu dicecahkan apabila sujud.
1.Dahi
2.Dua tapak tangan
3.Dua lutut
4. Perut jari kaki bagi kedua-dua belah kaki
belon digunakan untuk memastikan rukuk dengan betul..kalau jatuh belon tu, xsempurnalah lagi rukuk tu yer

Langgan:
Catatan (Atom)