Barisan Warga SKKL

Barisan Warga SKKL
Barisan Warga SKKL

Rabu, 25 Mei 2016

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SKKL



v LAPORAN SAMBUTAN MAJLIS ISRAK MIKRAJ 2016
 Program Sambutan Israk Mikraj peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Laut telah diadakan pada 8 Mei 2016. Sambutan ini bertujuan melahirkan warga sekolah yang berpengetahuan luas tentang sirah Rasulullah serta mencerminkan betapa Islam amat menitik beratkan tentang perintah solat yang difardukan ke atas umat Islam yang ada di atas muka bumi ini.
v  Program bermula seawal 7.30 pagi di mana semua murid berkumpul di Dewan Saidina Ali mengikut kelas masing-masing. Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu sekolah dan dikuti dengan bacaan ikrar yang dipimpin oleh ketua murid iaitu Mohd Akram bin Zahid.
v  Majlis disempurnakan lagi dengan ucapan ringkas dan perasmian oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Laut iaitu En. Roslan bin Mohamed. 


 

v  Pada pukul 8.30 pagi, pihak majlis menjemput dan mempersilakan ustaz Haizul Arny Bin Che Will untuk memberikan ceramah berkaitan dengan Israk dan Mikraj. Ceramah yang diselang selikan dengan alunan selawat daripada murid tahun 6 menambahkan lagi keceriaan majlis. Disamping itu juga soalan kuiz turut diajukan. Murid-murid begitu teruja untuk menjawab soalan yang diajukan oleh penceramah. Ceramah berakhir pada pukul 9.45 pagi. Antara pengisian yang dapat diambil daripada ceramah tersebut ialah kita sebagai umat Islam mestilah berusaha menunaikan perintah yang diperintahkan keatas setiap mukallaf. Solat yang difardukan keatas umat manusia adalah wajib ditunaikan dalam apa jua keadaan sekalipun sedang sakit. Antara yang turut dikupas beliau ialah peristiwa-peristiwa yang ditunjukkan kepada nabi berkaitan dengan balasan sikap manusia  diatas muka bumi ini.




v  Seusai ceramah berakhir, penyampaian hadiah kepada murid cemerlang dalam program “Syajarah Solat” diadakan. Penilaian ini berdasarkan pokok solat yang paling subur iaitu murid yang tidak meninggalkan solat lima waktu dalam tempoh sebulan. Seramai 17 orang murid dari kalangan murid tahun lima dan enam diberi hadiah.





v  Selesai majlis penyampaian hadiah, ustaz Haizul Arny mengetuai bacaan doa akhir majlis.  Selepas itu, murid tahap satu dibenarkan rehat dan membeli makanan di kantin sekolah, manakala murid tahap dua dikehendaki menunaikan solat Dhuha di Musalla Al-Iman. Solat Dhuha diimamkan oleh ustaz Haizul Arny bin Che Will.
Majlis ini selesai pada pukul 10.15 pagi. Walaupun majlis ini agak ringkas tetapi ianya member impak yang cukup besar kepada warga Sekolah Kebangsaan Kampong Laut





Tiada ulasan:

Catat Ulasan