v LAPORAN SAMBUTAN MAJLIS ISRAK MIKRAJ 2016
Program Sambutan Israk Mikraj peringkat
Sekolah Kebangsaan Kampong Laut telah diadakan pada 8 Mei 2016. Sambutan ini
bertujuan melahirkan warga sekolah yang berpengetahuan luas tentang sirah
Rasulullah serta mencerminkan betapa Islam amat menitik beratkan tentang perintah
solat yang difardukan ke atas umat Islam yang ada di atas muka bumi ini.
v
Program bermula seawal 7.30 pagi di mana
semua murid berkumpul di Dewan Saidina Ali mengikut kelas masing-masing. Majlis
dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu sekolah dan dikuti dengan bacaan ikrar
yang dipimpin oleh ketua murid iaitu Mohd Akram bin Zahid.
v
Majlis disempurnakan lagi dengan ucapan
ringkas dan perasmian oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampong Laut iaitu En. Roslan bin Mohamed.
v
Pada pukul 8.30 pagi, pihak majlis
menjemput dan mempersilakan ustaz Haizul Arny Bin Che Will untuk memberikan
ceramah berkaitan dengan Israk dan Mikraj. Ceramah yang diselang selikan dengan
alunan selawat daripada murid tahun 6 menambahkan lagi keceriaan majlis. Disamping
itu juga soalan kuiz turut diajukan. Murid-murid begitu teruja untuk menjawab
soalan yang diajukan oleh penceramah. Ceramah berakhir pada pukul 9.45 pagi.
Antara pengisian yang dapat diambil daripada ceramah tersebut ialah kita
sebagai umat Islam mestilah berusaha menunaikan perintah yang diperintahkan
keatas setiap mukallaf. Solat yang difardukan keatas umat manusia adalah wajib
ditunaikan dalam apa jua keadaan sekalipun sedang sakit. Antara yang turut
dikupas beliau ialah peristiwa-peristiwa yang ditunjukkan kepada nabi berkaitan
dengan balasan sikap manusia diatas muka
bumi ini.
v
Seusai ceramah berakhir, penyampaian
hadiah kepada murid cemerlang dalam program “Syajarah Solat” diadakan.
Penilaian ini berdasarkan pokok solat yang paling subur iaitu murid yang tidak
meninggalkan solat lima waktu dalam tempoh sebulan. Seramai 17 orang murid dari
kalangan murid tahun lima dan enam diberi hadiah.
v
Selesai majlis penyampaian hadiah, ustaz
Haizul Arny mengetuai bacaan doa akhir majlis. Selepas itu, murid tahap satu dibenarkan rehat
dan membeli makanan di kantin sekolah, manakala murid tahap dua dikehendaki menunaikan
solat Dhuha di Musalla Al-Iman. Solat Dhuha diimamkan oleh ustaz Haizul Arny
bin Che Will.
Majlis ini selesai pada pukul 10.15 pagi. Walaupun
majlis ini agak ringkas tetapi ianya member impak yang cukup besar kepada warga
Sekolah Kebangsaan Kampong Laut