Barisan Warga SKKL

Barisan Warga SKKL
Barisan Warga SKKL

Selasa, 31 Oktober 2017

NAMA PROGRAM: PERSEDIAN ALAM REMAJA
TARIKH:26 OKTOBER 2017
ANJURAN: PANITIA AGAMA ISLAM
TEMPAT: SURAU AL-IMAN SKKL (MURID LELAKI) 
                 MUSALLA AL-AMIN SKKL (MURID PEREMPUAN)


 TAKLIMAT DAN PENERANGAN TENTANG CARA-CARA MANDI HADAS DENGAN BETUL



 AMALI MANDI HADAS


CERAMAH MANDI HADAS OLEH USTAZAH ROSLINA BT RAMLI DARIPADA SK MORAK




NAMA PROGRAM : MINGGU BAHASA ARAB
TARIKH: 22-26 OKTOBER 2017
TEMPAT: SK KAMPONG LAUT, TUMPAT KELANTAN.




MAJLIS PERASMIAN OLEH TN GURU BESAR SK KAMPONG LAUT, EN.ROSLAN BIN MOHAMED



SUDUT PAMERAN





AKTIVITI MENCARI HARTA KARUN.
Murid diberikan beberapa perkaataan arab dan dikehendaki mencari barangan tersebut. siapa cepat dialah pemenang.







AKTIVITI PAMERAN MURID.

BERGAMBAR DENGAN GURU BESAR

RODA IMPIAN. MURID DIKEHENDAKI MENJAWAB SOALAN MENGIKUT NOMBOR YANG DIPUTARKAN.

 PERSEMBAHAN MURID


HIWAR




Isnin, 30 Oktober 2017

NAMA PROGRAM: BUBUR ASYURA
TARIKH : 23 OKTOBER 2017
TEMPAT: DEWAN SAIDINA ALI SK KAMPONG LAUT
SASARAN: MURID TAHUN ENAM SKKL 2017





 

NAMA PROGRAM : ZIARAH KUBUR KG LAUT
TARIKH : 3/10/2017
TEMPAT: KUBUR KAMPONG LAUT

Hadis riwayat Ibn Majah, no. 1569 berbunyi “Berziarah-kuburlah, kerana ia dapat mengingatkanmu akan akhirat”. Berdasarkan hadis di atas, ziarah kubur adalah suatu tuntutan kepada orang Islam  supaya ingat akan kematian. Justeru, Panitia Agama Islam dengan kerjasama Surau al-Iman mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Ziarah Kubur di Kampung Laut. Program ini bertujuan memberikan kesedaran dan mengingatkan murid akan kematian yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja.



1.      OBJEKTIF
1.      Mengingati ahli keluarga, guru-guru, saudara mara dan kaum muslimin dan muslimat yang sudah kembali kerahmatullah.
2.      Mempromosikan cara hidup sihat melalui kerja amal.
3.      Untuk mengembangkan mental dan fizikal murid-murid melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti ZIARAH KUBUR.
4.      Untuk mengeratkan tali silaturrahim dikalangan warga sekolah, murid dan ibubapa.








 

NAMA PROGRAM : MOTIVASI MUZIKAL HIJRATUL RASUL & MENGUSAP KEPALA ANAK YATIM
TARIKH : 2 OKTOBER 2017
TEMPAT : DEWAN SAIDINA ALI SK KAMPONG LAUT






NAMA PROGRAM: KEM BESTARI SOLAT (TAHAP 2)
TARIKH : 28-29 SEPTEMBER 2017
TEMPAT: SURAU AL-IMAN & DEWAN SAIDINA ALI SKKL





  Program Kem Bestari Solat Tahap 2 peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Laut telah diadakan pada 28 dan 29 September 2017. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkaitan dengan makmum muafik dan makmum masbuk. Disamping itu juga , program ini bertujuan untuk melatih murid-murid menunaikan solat dengan betul dan tertib.
  Program bermula pada pukul 6.00 petang di mana semua murid tahun 4,5 dan 6 berkumpul di Musalla Al-Iman mengikut kelas masing-masing. Majlis dimulakan dengan ucapan dan tazkirah ringkas oleh ustaz Haizul Arny bin Che Will. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dimana setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasi.
  Selepas tazkirah ringkas, muri-murid menunaikan solat magrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haizul Arny. Selesai solat magrib, murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing untuk sesi LDK 1. Pengisian yang diterdapat dalam bengkel ini adalah berkaiatan dengan bacaan dalam solat, perkara yang membatalkan solat dan adab-adab ketika melakukan solat.
  Pada pukul 8.15 murid –murid menunaoikan solat Isyak berjemaah yang dimamkan oleh ustaz Haizul Arny. Selesai solat Isyak, murid kembali berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk seisi LDK 2. Pengisian yang terdapat dalam bengkel ini adalah berkaiatan dengan makmum masbuk dan makmum muafik.
  Setelah selesai LDK 2, murid menikmati jamuan ringan. Pada pukul 11 malam, murid bergerak ke khemah masing-masing dan tidur mengikut kumpulan badan beruniform masing-masing.
  Pada pukul 4 pagi, murid-murid bangun dari tidur untuk berqiamullail. Selesai mengurus diri, murid dikehendaki berkumpul di Surau Al-Iman untuk solat Tahajud, solat Taubat dan Solat Hajat. Kemudian murid solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haizul Arny.
Selesai solat Subuh berjemaah, murid berkumpul di Dewan Saidina Ali untuk aktiviti lakonan permasalahan makmum masbuk dan makmum muafik.
 Murid diberikan soalan dan diminta menyelesaikan beberapa permasalahan dalam bentuk lakonan. Program Kem Bestari Solat  berakhir pada pukul 7.30 pagi. Program ini  memberi impak yang cukup besar kepada warga Sekolah Kebangsaan Kampong Laut.