NAMA PROGRAM: KEM BESTARI SOLAT (TAHAP 2)
TARIKH : 28-29 SEPTEMBER 2017
TEMPAT: SURAU AL-IMAN & DEWAN SAIDINA ALI SKKL
Program Kem Bestari Solat Tahap 2
peringkat Sekolah Kebangsaan Kampong Laut telah diadakan pada 28 dan 29
September 2017. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
murid-murid berkaitan dengan makmum muafik dan makmum masbuk. Disamping itu
juga , program ini bertujuan untuk melatih murid-murid menunaikan solat dengan
betul dan tertib.
Program bermula pada pukul 6.00 petang di
mana semua murid tahun 4,5 dan 6 berkumpul di Musalla Al-Iman mengikut kelas
masing-masing. Majlis dimulakan dengan ucapan dan tazkirah ringkas oleh ustaz
Haizul Arny bin Che Will. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
dimana setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasi.
Selepas tazkirah ringkas, muri-murid
menunaikan solat magrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haizul Arny.
Selesai solat magrib, murid berkumpul mengikut kumpulan masing-masing untuk
sesi LDK 1. Pengisian yang diterdapat dalam bengkel ini adalah berkaiatan
dengan bacaan dalam solat, perkara yang membatalkan solat dan adab-adab ketika
melakukan solat.
Pada pukul 8.15 murid –murid menunaoikan
solat Isyak berjemaah yang dimamkan oleh ustaz Haizul Arny. Selesai solat
Isyak, murid kembali berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk seisi LDK 2.
Pengisian yang terdapat dalam bengkel ini adalah berkaiatan dengan makmum
masbuk dan makmum muafik.
Setelah selesai LDK 2, murid menikmati
jamuan ringan. Pada pukul 11 malam, murid bergerak ke khemah masing-masing dan
tidur mengikut kumpulan badan beruniform masing-masing.
Pada pukul 4 pagi, murid-murid bangun
dari tidur untuk berqiamullail. Selesai mengurus diri, murid dikehendaki
berkumpul di Surau Al-Iman untuk solat Tahajud, solat Taubat dan Solat Hajat.
Kemudian murid solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Haizul Arny.
Selesai solat Subuh berjemaah, murid
berkumpul di Dewan Saidina Ali untuk aktiviti lakonan permasalahan makmum
masbuk dan makmum muafik.
Murid diberikan soalan dan diminta
menyelesaikan beberapa permasalahan dalam bentuk lakonan. Program Kem Bestari
Solat berakhir pada pukul 7.30 pagi.
Program ini memberi impak yang cukup
besar kepada warga Sekolah Kebangsaan Kampong Laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan